Saturday, August 24, 2013

Hawadam Shoppe

Page is still under renovation. Will update once is complete. Thank you for your patient.

Laman sedang diselenggara. Entri akan dimuat turun setelah selesai. Terima Kasih dari kami atas kesabaran anda.

Tuesday, October 30, 2012

Introducing hawAdam bisnes page on Facebook


Assalammualaikum semua,

Lama saya senyap dari post entri disini tapi saya masih tak lupa yang saya ader blog, kekangan masa mencemburui...post entri kali ini lebih menitikberatkan perkembangan terbaru yang saya tengah usahakan..projek terbaru saya, saya rebut peluang ini bila diberi kepercayaan oleh seorang rakan untuk mengusahakan perniagaan ini..memandangkan saya adalaa sikit-sikit pengetahuan asas dr segi marketing, terciptalah page ini hawAdam FB page yang baru mula beroperasi bulan september yang lalu diatas sambutan hangat yang diterima sepanjang bulan ramadan dan raya tahun ini terhadap produk2 hawAdam.

Masih baru sebulan jagung, nak kata maju dan untung sangat taklah sbb saya ikhlas dan yakin sesebuah perniagaan tidak boleh ditafsirkan untuk keuntungan semata-mata. Kematangan dan minat serta perjalanan yang masih panjang diperlukan untuk perniagaan ini.

HawAdam bermula dengan jualan minyak wangi, dan bulan ini alhamdulillah apabila diberi kepercayaan untuk satu job (servis) keatas sebuah majlis perkahwinan (sbg jurugambar) saya tak tolak, malah walaupun tidak ada sebarang keuntungan bg saya, saya amik job nie utk pengalaman saya..alhamdullilah, setelah hasil idea & kreativiti yang tak seberapa itu dipostkan pada umum dalam page ini, terdapat gambaran yang positif yang saya terima dr rakan2 terhadap hasil kerja saya ini. InsyaAllah kalau ader lagi permintaan utk saya shoot gambar mereka saya akan buat yang terbaik dari ini.

Selain itu, pada masa hadapan kelak, plan untuk bisnes hawAdam masih banyak bermain dalam fikiran saya, insyaAllah satu-satu dan dengan perlahan-lahan saya akan usahakan, mungkin juga memerlukan modal untuk mengembangkan minat saya sebagai host dan juruacara (equipment perlu modal besar nie), saya tidak mahu lupakan begitu sahaja minat ini :) ..

Monday, October 1, 2012

Percutian K.A.M.I. @ Genting Highlands 21 - 23 Sept 2012

Assalammualaikum warga Bloggers..

Saya tahu blog ini x sefemes tapi saya suka..xkisah la ader ke xder followers, saya bukan blogger tegar..sekadar menulis pengalaman dan coretan yang indah atau pahit bagi kami sekeluarga. Ada perkara pahit , ada manis tapi ada jua jurang cerita samada boleh dikongsi bersama atau tidak, batas2 masih ada untuk mengelak dari salah sangka atau pemikiran negatif sesetengah manusia di muka bumi ini.. Harap dijauhkan malapetaka hendaknya, dan dimurahkan rezeki KAMI..aminn..

OK lah..xmau nak berleter panjang, entri ini pasai percutian so hepi2 nyer "story"..mmg happy pun p bercuti bersama keluarga tambahan pulak pergi beramai2 bersama rakan sekerja, rancangan untuk bercuti kali ini memang mengambil masa yang agak lama..dari hujung tahun lepas -> tudia, awat lama sgt?? maunyer tak, melibatkan ramai rakan sekerja + keluarga mereka juga.. itu ini, itu ini - akhirnya jadik juga ke GENTING HIGHLANDS yooo...

Momen ini memang terindah sebab hawAdam nampak sangat happy tambahan dalam usia mereka sekarang, pandai bercerita dan tak henti bercerita tentang pengalaman mereka...:D

Dalam beratus2 gambar yg diambil sepanjang percutian ini, saya pilih beberapa keping utk dikongsi dalam blog ini..sajer suka-suki..






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan