Salam sekalian,
Sudah lama saya ingin berkongsi proses pertukaran milik kenderaan di blog saya ini, di sebabkan oleh baru-baru ini saya ada membuat pembelian kenderaan terpakai (2nd Hand) yang mana harge yang ditawarkan tidak melibatkan proses tukar milik, jika saya inginkan sekali harga dia lain sikit..jadi saya tidak mahu proses dilakukan oleh pihak kedai kereta tersebut, saya rasa hendak buat sendiri memandangkan sifat ingin tahu proses dia dan kos-kos yang melibatkan proses ini. Tentang berurusan dengan pihak JPJ saya tidak mempunyai masalah memandangkan saya biasa untuk memperbaharui lesan dan sebagainya sendiri di kaunter JPJ tanpa melibatan pihak ketiga. Saya rasa lebih puas hati buat sendiri.
Jadi langkah pertama saya, search internet dulu di laman web pihak JPJ tentang dokumen-dokumen yang di perlukan serta kos yang diperlukan ternyata hasil amat saya berpuas hati sebab dapat membuat persediaan awal sebelum ke kaunter JPJ. Memandangkan dokumen dari pihak kedai kereta sudah cukup dengan pengesahan dari pemilik sebelum ini cuma saya perlu menghadirkan diri untuk pengesahan pemilik baru di kaunter JPJ (saya pergi ke JPJ dekat Bukit Jambul, Penang - JPJ Batu Uban - Kaunter B) dengan geran asli dan borang yang sudah difotokopi IC kita pemilik baru - borang boleh didapati di laman web rasmi pihak JPJ secara percuma juga boleh diambil di kaunter JPJ tersebut.
Langkah kedua, saya semak laman web puspakom memandangkan perlunya sijil pemeriksaan B5 (tukar milik) dari pihak puspakom juga. Saya search pusat puspakom yang menyediakan perkhidmatan tukar milik ini dan kos yang melibatkan pemeriksaan ini hanyalah RM30 sahaja (harga sekarang - klu dah naik nanti ikut pada keadaan semasa). Jadi dokumen yang diperlukan untuk pemeriksaan tukar milik di puspakom hanyalah geran kereta. Yang ini si suami saya yang bawa kereta ke puspakom (kami pergi di Teluk Kumbar). Selesai pemeriksaan di sebelah pagi sijil akan dikeluarkan jika lulus pemeriksaan.
Langkah ketiga, ke JPJ untuk prosedur tukar milik, saya ke kaunter pertama untuk pengesahan pemilik oleh pegawai JPJ - tidak melibatkan sebarang kos. Kemudian, ambil nombor giliran untuk proses pertukaran milik, kos yang di perlukan hanyalah RM100 (harga semasa ketika ini) beserta dokumen2 yang lengkap dan sijil pemeriksaan puspakom dan segalanya selesai dalam masa tak sampai sehari.
Jadi, kalau saya kira balik saya hanya memerlukan kos sebanyak RM130 sahaja untuk tukar nama ini...hmm....rasa tidaklah sesusah mana, pemerhatian saya semasa menunggu di kaunter JPJ kebanyakkan individu yang pergi berurusan melibatan kuantiti yang banyak sedangkan saya hanya satu pertukaran..mungkin ramai orang yang lebih suka gunakan pihak ketiga dalam urusan sebegini..pilihan masing-masingkan..Saya sekadar berkongsi informasi k.
Oklah..hendak pergi siapkan anak-anak saya, nak pergi pasar malam sekejap..
Wasalam...
Sunday, January 22, 2012
Langkah pertama Hawa memasuki alam persekolahan
Salam Tahun Baru Cina buat bloggers sekalian juga selamat bercuti,
Kesibukkan awal tahun kali ini sungguh dirasai buat kami suami isteri, juga jadual harian kami sudah bertukar bermula tahun ini apabila puteri sulung kami sudah menempuhi alam persekolahan (pra-sekolah jer) a.k.a Tadika, seperti sedia maklum sebelum ini saya ada post satu entri berkenaan taska mereka berdua, sekarang salah seorang anak saya sudah pun menjejaki ke alam tadika (besebelahan taska terdahulu sahaja), Tadika Ummi.. Alhamdulillah sepanjang dua minggu ini, kami dapat lihat ada bibit-bibit minat dia untuk rajin ke sekolah seperti sanggup bangun awal pagi mandi dan bersiap untuk ke tadika (kesian juga ibu tengok dok mamai2) tapi semangat tu ada, harap semangat dia kekal hingga dewasa kelak..
Gambar diambil pada hari pertama hawa mengenakan uniform tadikanya, di awal pagi nie...ibu dan abah berharap hawa dapat menjadi anak yang solehah..Aminnn...:))

Subscribe to:
Comments (Atom)