Salam Tahun Baru Cina buat bloggers sekalian juga selamat bercuti,
Kesibukkan awal tahun kali ini sungguh dirasai buat kami suami isteri, juga jadual harian kami sudah bertukar bermula tahun ini apabila puteri sulung kami sudah menempuhi alam persekolahan (pra-sekolah jer) a.k.a Tadika, seperti sedia maklum sebelum ini saya ada post satu entri berkenaan taska mereka berdua, sekarang salah seorang anak saya sudah pun menjejaki ke alam tadika (besebelahan taska terdahulu sahaja), Tadika Ummi.. Alhamdulillah sepanjang dua minggu ini, kami dapat lihat ada bibit-bibit minat dia untuk rajin ke sekolah seperti sanggup bangun awal pagi mandi dan bersiap untuk ke tadika (kesian juga ibu tengok dok mamai2) tapi semangat tu ada, harap semangat dia kekal hingga dewasa kelak..
Gambar diambil pada hari pertama hawa mengenakan uniform tadikanya, di awal pagi nie...ibu dan abah berharap hawa dapat menjadi anak yang solehah..Aminnn...:))


No comments:
Post a Comment