Sunday, April 29, 2012

Kedai Makan Kak Yah (Mami Yah) di No.7, Kompleks Pasar Awam Balik Pulau.


We are from "Gerai No.7, Kompleks Pasar Awam Balik Pulau, Penang" 

Serves Malays foods - Rice with variety of dishes 
Open Every Tuesday - Sunday from 8am - 12pm (Monday Closed)
Price : Based on dishes.

 SPECIAL AFTERNOON SESSION OPEN only available on Friday
Serves Penang Laksa and "Cucur Udang" 
Open from 5pm - 9 pm
Prices :-
Penang Laksa = RM2.50 each (Big), RM1.50 each (Small)
"Cucur Udang" = RM1.00 each
Additional for "Cucur Udang" :-
 "Tauhu" = RM0.50 each
Crab Meet (Isi Ketam) = RM0.30 each
Sausage = RM0.70 each
Fish Cake = RM1.00 each


We also offers catering services (Malay cuisine) for any events such as engagement events, Specials for Bride/Groom's Wedding Dishes, Birthday Party's, Schools or Company occasions etc.  

Based in Balik Pulau only.

Specialties in 
Nasi Lemak
Nasi Briani
Roti Jala
Lontong
Nasi Tomato
Penang Laksa 
etc

Any query, order or reservation you may contact us at 0125344522 / 0135001147
Email : zuriayanie@ymail.com or leave your query/order in the comments at this blog. We will reply your query soon.

Thank you.

MPFBI : Food courts di 1st Avenue, Penang

Salam bloggers,

Hari ini aku nak introduce satu segmen terbaru dalam blog ini - Segmen "MPFBI" singkatan untuk 'Makanan Pilihan Familyku Bulan Ini'..huhuhu..

Lagi satu entri yang aku post pada hari ini, marathon entri hari ini sebab baru ada masa nak tulis..banyak sangat idea datang tapi kekangan masa..maaf yer..so, food couts di 1st Avenue, Penang (Kalau mana yang tak tahu di mana 1st Avenue meh nak habaq, ianya terletak bersebelahan dengan Komtar dan Prangin Mall <- rasanya bagitau nama tempat nie confirm dah tahu kat mana kan.. ok benda pertama bermain di kepala my hubby bila masuk dalam food courts di situ ialah "B, halal ker nie"..ok jawapan aku adalah "Jom p check", masuk and round 2-3x each stalls tengok menu sambil juga intai2 sijil halal..huh, ade le sijil halal.. so try nak, my hubby satisfied and wanna give a try for the foods.

Al-kisah, menu aku pilih untuk anak-anak adalah western food (Burger)..
nie dia burger dia...


Pilihan my hubby, dia nie mmg minat sizzling so takleh nak cakap apala memang dia akan try sizzling kat sini macamna, samada sempoi macam sizzling dekat Tesco dak..huhuhu..Komen dia mengenai sizzling rice nie "Boleh Tahan"..hmm rasanya bagi aku dekat JJ Ipoh sedap lagie kut...


Lastly pilihan aku, Little wok..hmm..sedap gak nie...


Sesiapa yang tetiba dah tersampai area-area sini tak tahu mana nak pergi makan bolehlah singgah sini. 

Kesimpulan keseluruhan bagi family aku : Boleh Tahan sedap gakk :))

P/S : Nantikan bulan depan MPFBI dari meja ibu http://haw-a-dam.blogspot.com

Bye-bye..Wasalam...

Sukan Tahunan Tadika Ummi 2012

Salam semua >o<,

Seperti dijanjikan pada entri saya yang lepas, inilah gambar2 sekitar majlis sukan tahunan Hawa yang baru sahaja berlangsung pagi tadi, pengalaman pertamanya dalam majlis dan pertandingan sebegini, ada banyak ragam dia dan si adik tadik (Adam menangis adalah dalam dua kali), si Hawa duk keja merap nak balik sebab gatai dan panas padahal dia duk tengah duk bertanding, yang sempoooinya ibu kalut pada acara first yang dia nak sertai tadi apabila elok-elok dia dah beratur dengan rakan-rakan dalam group dia sambil duk semak nama boleh dia bagitau ibu yang dia nak ke tandas - tak tahan nak kencingg..adoiaaiii...kalut la ibu..ishh hawa nie...baru nak main sukan jer...

Majlis agak meriah dan puas hati almaklumlah kanak-kanak nyer events so kalah ka, menang ka semua dapat hadiah..hahaha..yang sempoi ada satu event family - aku akui aku nya silap kira macam na aku kira bgtau kata 21pcs padahal yang buat bila kira lagik sekali 26pcs, nasib la dah xdak rezki tp xdakhallahh.. sajar syok-syok jer..untuk anak-anak :))...baru perasan semua gambar yang diambil tadi tiada langsung gambar ibu (huh x syok la xdak enterframe dalam first event si Hawa) sebab ibu jurukamera..adess la..patut standby my sis-in-law jadik photographer...

Enjoy this two lovely siblings moments...:))























Untuk makluman semua, saya amat berpuas hati dengan Tadika ini disebabkan didikan agama yang diterapkan terhadap anak-anak kecil, dari segi hafazan, bacaan doa, dll, sememangnya amat jauh berbeza dengan yang saya mampu memberi didikan, saya tahu kelemahan saya disitu maka itulah sebab utama saya hantar dia dan adiknya ke tadika ini untuk memberi didikan awal kepada mereka.. ilmu dunia seperti matematik, sains ataupun english tidak mengapa sebab dirumah insyaallah saya boleh jadi tutorial yang tetap untuk mereka...:))

Memberi tanpa meminta balasan...

Salam bloggers sekalian..

Sepanjang bulan april ini, bolehlah aku katakan sebagai "busy april-fool" tapi tak tipu naa..."ini bukan cubaan, ini betul-betul".. :-)

Jadual yang sangat padat dari permulaan bulan april sehinggalah 5hb Mei ini...dengan kerja di pejabat, disusuli tetamu dari serata ceruk Asia Pasifik hadir di jabatan aku dimana kami meng"host"kan beberapa majlis dan latihan...alhamdulillah baru selesai sahaja pada jumaat baru ini 27hb April apabila semuanya selamat pulang ke negara masing-masing...juga dengan jemputan walimatulurus dari sanak-saudara (agak tidak sampai hati menolak mengenangkan mewakili arwah abah) dan sahabat handai, juga beberapa majlis kebajikan buat masyarakat tempatan yang mana menjadi sukarelawan yang alhamdullilah sudah selesai minggu lepas, dan juga awal bulan depan menghadiri pertandingan tarik tali menyokong si suami dengan pasukan kelab gymnya yang bakal bertanding dengan wakil-wakil dari kelab gym yang lain (bakal berlangsung 1 Mei nanti) ..

Agak lama aku menyepi dari dunia blog ini, sekarang pun aku terdetik untuk tulis entri ini pun disebabkan rindu..:-))... aku baru sahaja selesai menghadirkan diri ke majlis sukan tahunan hawa (pertama kalinya buat puteri kami, insyaallah aku akan postkan satu entri khas mengenai sesi sukan dia nanti).. sesudah petang baru sampai ke rumah, mencuri masa sebentar menulis entri ini tatkala anak-anak dan suami sedang enak mendendangkan alunan denguran akibat dari keletihan majlis tadi..

Pada entri ini aku ingin berkongsi mengenai program yang terbaru sebagai saudari pengerusi majlis yang baru sahaja berlangsung minggu lepas iaitu "1Train" pada sabtu dan ahad di UiTM Balik Pulau, walaupun pada permulaannya agak kelibut namun alhamdullilah berjaya juga menyudahkan amanat yang diberikan.. mungkin masyarakat tempatan yang hadir tidak tahu atau sememangnya tidak mahu tahu atau sememangnya suka membuat andaian tersendiri, berdasarkan soalan-soalan, puji-pujian dan amarah-amarah yang kami terima pada hari tersebut mahupun pada hari program sebelumnya "1CTBash"..agak syukur dan agak terkilan namun semuanya aku anggap sebagai pengalaman berhadapan dengan masyarakat.

Untuk makluman umum agar tidak lagi dipandang serong, sebenarnya saya dan rakan-rakan sukarelawan adalah sukarelawan semata-mata tanpa melibatkan "any costs being paid to us". Segalanya adalah dengan niat untuk membantu masyarakat tempatan, minta agar dapat difahami oleh masyarakat tempatan dimana kami kebanyakkan sudah mempunyai perkerjaan tetap (kebanyakkannya datang dari sektor swasta termasuklah saya dan bukannya pekerja kerajaan seperti yang diandaikan oleh masyarakat tempatan yang hadir).

Namun begitu saya begitu lega apabila dapat menyumbangkan tenaga dan kepakaran yang ada dalam majlis tersebut, segalanya semata-mata niat untuk membantu dan mengajar ilmu kepada penduduk, diharap agar apa yang diterima oleh penduduk digunakan dan dimanfaatkan sebaik mungkin. Kesimpulannya, saya rasa majlis ini sukses dengan jayanya dan amanat YB kami pun untuk mendidik dan memajukan masyarakat tempatan pada hari tersebut tercapai.. Syukur alhamdullilah...:))

Sedikit gambar disekitar majlis tersebut, (Orang cakap gambar memberi 1001 maksud yang tersendiri)...:))... gambar diambil dari album kelab, ahli boleh rujuk laman web Kelab 1CT untuk gambar sepenuhnya..:))











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan