Sunday, April 29, 2012

Memberi tanpa meminta balasan...

Salam bloggers sekalian..

Sepanjang bulan april ini, bolehlah aku katakan sebagai "busy april-fool" tapi tak tipu naa..."ini bukan cubaan, ini betul-betul".. :-)

Jadual yang sangat padat dari permulaan bulan april sehinggalah 5hb Mei ini...dengan kerja di pejabat, disusuli tetamu dari serata ceruk Asia Pasifik hadir di jabatan aku dimana kami meng"host"kan beberapa majlis dan latihan...alhamdulillah baru selesai sahaja pada jumaat baru ini 27hb April apabila semuanya selamat pulang ke negara masing-masing...juga dengan jemputan walimatulurus dari sanak-saudara (agak tidak sampai hati menolak mengenangkan mewakili arwah abah) dan sahabat handai, juga beberapa majlis kebajikan buat masyarakat tempatan yang mana menjadi sukarelawan yang alhamdullilah sudah selesai minggu lepas, dan juga awal bulan depan menghadiri pertandingan tarik tali menyokong si suami dengan pasukan kelab gymnya yang bakal bertanding dengan wakil-wakil dari kelab gym yang lain (bakal berlangsung 1 Mei nanti) ..

Agak lama aku menyepi dari dunia blog ini, sekarang pun aku terdetik untuk tulis entri ini pun disebabkan rindu..:-))... aku baru sahaja selesai menghadirkan diri ke majlis sukan tahunan hawa (pertama kalinya buat puteri kami, insyaallah aku akan postkan satu entri khas mengenai sesi sukan dia nanti).. sesudah petang baru sampai ke rumah, mencuri masa sebentar menulis entri ini tatkala anak-anak dan suami sedang enak mendendangkan alunan denguran akibat dari keletihan majlis tadi..

Pada entri ini aku ingin berkongsi mengenai program yang terbaru sebagai saudari pengerusi majlis yang baru sahaja berlangsung minggu lepas iaitu "1Train" pada sabtu dan ahad di UiTM Balik Pulau, walaupun pada permulaannya agak kelibut namun alhamdullilah berjaya juga menyudahkan amanat yang diberikan.. mungkin masyarakat tempatan yang hadir tidak tahu atau sememangnya tidak mahu tahu atau sememangnya suka membuat andaian tersendiri, berdasarkan soalan-soalan, puji-pujian dan amarah-amarah yang kami terima pada hari tersebut mahupun pada hari program sebelumnya "1CTBash"..agak syukur dan agak terkilan namun semuanya aku anggap sebagai pengalaman berhadapan dengan masyarakat.

Untuk makluman umum agar tidak lagi dipandang serong, sebenarnya saya dan rakan-rakan sukarelawan adalah sukarelawan semata-mata tanpa melibatkan "any costs being paid to us". Segalanya adalah dengan niat untuk membantu masyarakat tempatan, minta agar dapat difahami oleh masyarakat tempatan dimana kami kebanyakkan sudah mempunyai perkerjaan tetap (kebanyakkannya datang dari sektor swasta termasuklah saya dan bukannya pekerja kerajaan seperti yang diandaikan oleh masyarakat tempatan yang hadir).

Namun begitu saya begitu lega apabila dapat menyumbangkan tenaga dan kepakaran yang ada dalam majlis tersebut, segalanya semata-mata niat untuk membantu dan mengajar ilmu kepada penduduk, diharap agar apa yang diterima oleh penduduk digunakan dan dimanfaatkan sebaik mungkin. Kesimpulannya, saya rasa majlis ini sukses dengan jayanya dan amanat YB kami pun untuk mendidik dan memajukan masyarakat tempatan pada hari tersebut tercapai.. Syukur alhamdullilah...:))

Sedikit gambar disekitar majlis tersebut, (Orang cakap gambar memberi 1001 maksud yang tersendiri)...:))... gambar diambil dari album kelab, ahli boleh rujuk laman web Kelab 1CT untuk gambar sepenuhnya..:))











No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan