Tuesday, December 27, 2011

Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupa hujan di siang hari..

Assalamualaikum w.b.t,

Selamat malam buat bloggers sekalian, sebentar tadi aku baru terbaca status fb rakan ku mengenai satu kes pemergian si ibu akibat kompilasi semasa bersalin di salah sebuah hospital di tanah air kita. Salam takziah dari saya buat keluarga Arwah dan Al-fatihah buat arwah..sesungguhnya Allah maha menyayanginya dan moga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Sayu rasa hati bila membaca di blog salah seorang yang mengenali rakannya, namun bagi saya dugaan ini lebih hebat buat suaminya, moga dia tabah dan redha di atas kehendakNYA. Aminn...

Apa yang saya hendak kongsikan di entri ini sebenarnya kisah saya sendiri. Saya begitu memahami perasaan dan situasi sebegini kerana sesungguhnya saya juga pernah diduga dengan peristiwa hitam selepas selamat melahirkan anak kedua saya 3 tahun yang lalu, saya ketika itu alhamdullilah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.8kg (diberikan nama Adam Zafril) di salah sebuah Hospital Kerajaan di sini.

Namun segalanya berubah apabila mengetahui bahawa si kecil saya yang ketika itu baru berusia 5-6jam menghadapi masalah dari segi pernafasan dan pada ketika itu hanya tuhan sahaja yang memahami hati saya dan suami namun saya bersyukur disebabkan pihak hospital kerajaan ini (Salah seorang staf nurse senior yang bertugas di sebelah malam ketika itu dapat mengesan sesuatu yang tidak kena pada bayi saya, saya sangat bersyukur dan ingin memanjatkan terima kasih yang teramat sangat buat staf nurse tersebut kerana peka mengesannya sebelum kami membawa bayi pulang tanpa mengesyaki ada apa-apa masalah).

Dengan serta merta pihak wad bersalin i.e staf2 nurse menghantar bayi kami ke GH dengan ambulans. Keesokkan hari kami di beri penerangan dari doktor2 pakar di sana di mana suami terpaksa membuat keputusan untuk menandatangani salah satu prosedur yang perlu di lakukan ke atas bayi saya pada usianya hanya sehari (Something that he called as ballon procedure - macam tu la bunyinya tak berapa nak ingat sangat tapi prosedur ini penting untuk tebuk satu laluan supaya oksigen dapat laluan di dlm jantung baby sebelum pembedahan yang sebenar dilakukan untuk menukar saluran jantung dia ke posisi yang betul - he got TGA-Triposition of Great Arteries - taktau betul ke tidak ejaan dia, salah jangan marah yer, saya bukan doktor)

Salah satu gambar adam ketika di ICU, yang lain banyak saya sudah buang disebabkan nasihat orang tua supaya lupakan sejarah hitam dahulu. Saya simpan ini untuk dia apabila dia dewasa kelak agar dia tahu susah payah ibu dan abah dia berjuang untuk hidup dia.


Namun alhamdullilah segalanya sudah selesai setelah si kecil kami selamat melalui pembedahan dengan jayanya (Setinggi-tinggi penghargaan dari saya dan keluarga buat doktor pakar yang menjalani pembedahan buatnya - Salah seorang doktor pakar dari Hosp. Swasta yang mengambil kes ini, juga pihak hospital, doctor2 pakar jantung kanak-kanak, staf2 nurse unit wad bersalin, pcicu etc.) dan kami bersyukur ke hadrat illahi Allah SWT menerima doa kami. Cuma sekarang dia masih perlu menjalani rawatan susulan sampai di besar. Itu tidak mengapa janji dia sihat Alhamdullilah..Thank you Allah...

Monday, December 26, 2011

Claypot Briyani Ayam

Salam semua,

Kali ini saya ingin bercerita berkenaan makanan yang best dekat Pulau Pinang ini, kalau diikutkan "foods at Penang is the best ever" bukan sebab saya orang penang tetapi sebab sememangnya terlalu banyak pilihan, mana yang anda teringin, insyaallah ada dijual di Pulau Pinang. Claypot Briyani Ayam adalah salah satu feveret kami berdua. Jadi kalau anda singgah ke sini dan ingin mencari Nasi Beriani saya syorkan anda ke Restoran Kapitan (ada dua lokasi: Queensbay - bangunan berhadapan dengan QB Mall dan dekat Tanjong orang penang kata i.e Georgetown - town area). Claypot nasik briani di memang sempoii habiss..




Amacam, nampak sedap kan :)) kalau singgah di pulau ini jangan lupa untuk mencuba... :))

Activiti hujung minggu buat Si Kecil...

Selamat Malam semua,

Cuti "Public Holiday" kali ini sudah sampai ke penghujungnya :((, esok pagi sudah mula jadual ke tempat kerja seperti biasa, saya hidup biasa-biasa sahaja, kerja biasa-biasa sahaja, rutin hidup pun biasa-biasa sahaja..ya!!!mungkin ini yang dinamakan my "normal" life..i kinda love it!

Sepanjang tiga hari cuti ini (cuti weekends + PH), rutin sebelah pagi hari tetap sama..bangun tido kemudian ke market bersama keluarga untuk bersarapan di Astaka Pasar Awam Balik Pulau sambil membeli-belah barang-barang basah untuk masak (sebab cuti so kena masak la - lebih bersih untuk anak-anak sebab kita sendiri masak). Namun bagi anak-anakku pagi ke Pasar Awam adalah untuk makan, beli kudap-kudap (coklat) dan juga waktu bermain di taman mainan dengan kawan-kawan. Aktiviti wajib setiap kali ke pasar ini, jadi masa selalunya akan lanjut sehingga ke lewat tengahari.

Bagi aku waktu sebegini la untuk aku luangkan bersama anak-anak setelah deret lima hari kerja dan mereka pula lima hari di Taska seperti kurang waktu berharga bersama, sebelah malam kebanyakkan hanya waktu makan malam, menonton TV bersama dan tidur namun hujung minggu adalah waktu yang gembira buat mereka untuk bermain.




Cara sebegini sesuai buat saya yang "biasa-biasa" ini, dari segi kos kewangan FOC jer sebab ianya "Taman Mainan Awam" cuma saya dan suami perlu beri masa kami berdua untuk melayan karenah anak-anak. Kesimpulan yang kami dapat : Kami nampak mereka berdua ceria, pergaulan dengan masyarakat baik, nampak cara mereka memberi laluan buat kanak-kanak lain yang kecil dari mereka dan menghormati rakan-rakan yang lebih dewasa, juga yang mencuitkan hati saya ialah apabila saya lihat mereka ketawa dan bergembira. Walaupun kami kurang dari segi kewangan (bawa mereka pergi bercuti) namun kami puas melihat cara mereka membesar sekarang sabab bagi kami - Apa yang kami harap agar dapat memberi satu pengalaman memori kanak-kanak yang indah buat mereka :))

"Every moments we are gathered together, we want the best memorial for them to enjoys"

Sunday, December 25, 2011

Simple saja masak "Sup fucuk masak ubi" untuk anak-anak ibu

Salam...

Terus-terang saya katakan saya bukan jenis yang ke dapur tapi tidaklah sampai tak tahu masak langsung, tahu tu tahu cuma tak se"expert" mana-mana chef dan juga tidak layak untuk jadi guru masakan pun, cuma sejak sudah ada buah hati dua orang ini aku mengagahkan diri untuk mencuba apa-apa resipi yang disyorkan dari rakan sekerja (terutamanya Pn Kamarizah Mohd Ismail) boleh cari dia di FB dia sebab 'she is my best friend' yang banyak pengalaman dan banyak mengajar aku masak benda simple2 nie (taklah susah sangat nak masak simple2 kan) agak2 sesuai untuk pemakanan kanak-kanak sudah memadai bagi aku :)

Juga salah satu blog yang aku rajin belajar resipi dia ialah CMG di blognya ini . Tapi aku masih tidak berani cuba yang advance2 nya masakan dia, aku suka cuba yang senang-senang jer dari blog CMG nie. Alhamdullah aku syukur dapat ilmu dari CMG ini sebab aku ini lebih kepada kerja di pejabat berbanding di dapur :P

Ini hasil sup buat anak-anak aku, kalau mahu resipi yang lebih advance dan sedap boleh intai-intai blog CMG as saya buat ini simple2 jer ikut sedap hati saya jer. Yang mana kurang tue ada saya tambahkan ada yang saya kurangkan dari resipi asal (harap CMG tak marah dan Pn Kama tak marah juga sebab saya ikut yang mana patut jer) tak buat semua bahan pun. Tapi hasil dia alhamdulliah, budak-budak suka sangat tambah pula dimakan dengan nasi putih, ikan goreng dan kicap manis (memang diorang dua makan habis). Terima kasih blog CMG dan kawan baik saya Pn Kamarizah atas segala ilmu nasihat yang dicurahkan. Cukup bermakna buat kami yang ibu muda2 nie..:))







Agak-agak suatu hari nanti saya "expert" ke tidak dari segi masakan..hmmm..tunggu dan lihat saja lah, buat masa sekarang saya cuba masak bila saya cuti sahaja i.e weekends. Kalau hari-hari biasa saya lebih kepada lauk kedai sahaja..huhuhu..insyallah, saya cuba buat yang terbaik untuk keluarga ini :)) amin..

Adam pun belajar juga :))

Salam Monday semua,

Hari ini aku nak "share" hasil nukilan "my son" pula, selain dari kakak dia, dia pun ada menyumbangkan sedikit kerja sekolah namun tidak lah secanggih kakak dia, al maklum la kanak-kanak 3 tahun lebih kepada alam fantasi dunia permainan dia berbanding dari belajar lagipun dari pemerhatian aku anak lelaki dan perempuan memang berbeza dari segi kehendak mereka, yang si perempuan mereka lebih dengar kata atau nasihat dan juga mereka rajin dan berminat untuk belajar atau senang belajar namun anak lelaki lebih dari bersifat "hyperaktif" sedikit, agak degil dan kurang menunjukkan minat untuk belajar namun aku tidak memegang kepada ajaran memaksa dia belajar kerana aku lebih suka biar dia "let he goes with his flows", cuma kita perlu lihat apa yang dia minat dan mahu..

Inilah hasil yang dia main-main belajar :))











Dari segi tutur kata dia boleh sudah untuk memberitahu mahu itu mahu ini cuma dia berat mulut untuk memberitahu hendak ke tandas, agak malas sedikit..hmmm...namun dari segi pembelajaran dia mengikut kakak dia jikalau si kakak membaca doa makan dia mengikut dari part tengah dulu, mungkin lambat "catch" sikit, baca alphabat pun agak tunggang terbalik namun bagi aku alhamdullilah, at least dia tahu apa itu huruf dan nombor, jika di bandingkan dia di hantar ke rumah pengasuh mungkin dia tidak dapat belajar ini lagi. Insyallah tahun hadapan aku sambung dia ke Taska itu juga walaupun berseorangan disebabkan si kakak sudahpun melangkah ke alam Tadika (dah pun decide untuk hantar kakak ke Tadika Ummi - bersebelahan Taska An-Nur supaya senang untuk si kakak kembali ke pusat asuhan untuk setengah hari setelah selesai sesi Tadikanya :) -  menyenangkan kerja ibu mengatur masa sebab tak payah susah payah cari "transportation" untuk dia, si cikgu akan hantar ke pusat asuhan sebelah sahaja :)) bila ibu balik kerja baru ibu & abah amik yer..tapi kebanyakkannya Tok yang menghantar dan mengambil mereka sebab ibu & abah agak keluar awal dan balik lambat sedikit dari tempat kerja di sebabkan oleh kesesakkan lalu lindas yang sudah biasa di Pulau Pinang ini...

Kreativiti Hawa sepanjang tahun 2011 di Taska An-Nur

Assalammualaikum w.b.t,

Salam buat semua bloggers sekalian, 2nd post aku kali ini aku ingin berkongsi hasil nukilan atau seni anak sulungku yang kini berusia 4+ tahun, Jumaat yang lepas setelah kembali dari Pusat Asuhan dia iaitu Taska Al-Hidayah atau yang lebih dikenali sebagai Taska An-Nur di Titi Teras, Balik Pulau, Pulau Pinang.

Nota :-
Berikut sedikit info mengenai Taska ini.
Lokasi : Di dalam Kampung Titi Teras, Bersebelahan dengan Tadika Ummi dan Masjid.
Peringkat Usia Kanak-kanak : Dari usia 2 bulan sehingga 6 tahun.
Waktu : Sepenuh hari (Waktu Pejabat) atau Setengah Hari.

Kembali kepada cerita kreativiti Hawa, Jumaat lalu di dalam bakul barangan mereka di sediakan sebuah fail tertera nama anak-anakku, di dalam terdapat beberapa hasil seni mereka berdua sepanjang tahun ini al-maklumlah sekarang sudah hujung tahun 2011. Senyum aku melihat satu persatu nukilan mereka, kalau direnungkan kembali awal tahun ini asalnya aku dan suami mencari pengasuh buat mereka memandangkan pengasuh mereka selama ini berpindah ke tempat lain. Terdesak dengan keadaan di mana tiada tempat atau pengasuh yang sesuai membuatkan kami bernekad untuk menghantar ke pusat asuhan kanak-kanak ini namun hari ini aku tak duga ianya bukan hanya sekadar pusat asuhan namun ia juga pusat ilmu buat kanak-kanak, memandangkan mereka baru hendak membesar jadi didikan agama dan asas lain yang diterapkan terhadap mereka di Taska An-Nur ini amat memuaskan hati aku. Bukan apa sebab aku tahu pengetahuan agama aku tidaklah berapa tinggi jadi didikan yang mereka dapat di sini cukup bagi aku mengucapkan "alhamdullilah" apabila mendengar mereka memberi salam ketika pulang ke rumah, cara bersalam dengan orang tua dan yang paling aku bersyukur apabila Hawa boleh membaca doa makan ketika disuruh membaca.

Lantas malam ini aku mengambil foto-foto seni mereka dengan kamera telepon aku agar dapat aku simpan kenangan mereka tahun ini :-)

Berikut adalah hasil kreativiti Hawa (4 years old) :-



























Apabila melihat bingkisan nukilan mereka sejuk naluri hati keibuan ku..tak cantik pun tak mengapa janji mereka dapat mengembangkan minda mereka.

Wassalam...:-)

Saya kembali dengan azam yang baru!

Salam Rakan-rakan Bloggers,

Setelah hampir setahun saya menyepi, saya kembali dengan blog kedua saya di sini ,
blog pertama saya hawaadam-yany saya padamkan dari dunia maya ini setelah saya memikirkan untuk lupakan segalanya ini buat seketika..benarlah hidup manusia seperti roda ada kalanya kita di atas dan ada kalanya di bawah, saya bersyukur ke hadrat illahi atas segala nikmat yang diberikan ke atas hambamu ini.

Seperti blog saya yang terdahulu, kebanyakan entri saya berkisarkan pengalaman dan nostalgia kedua-dua cahaya mata saya , Hawa dan Adam kerna bagi saya setiap saat hidup mereka saya ingin nikmati dan berkongsi kepada semua, agar perjalanan hidup mereka dapat dikumpulkan dan dirujuk kembali nanti.


Saya masih lagi aktif dalam beberapa aktiviti di alam maya ini cuma tidaklah terlalu menonjolkan diri, lebih gemar memerhati untuk dibekalkan sebagai ilmu di masa hadapan, anda boleh cari saya di FB saya atau di laman komuniti says saya. Saya mengalu-alukan pandangan rakan-rakan bloggers di Malaysia untuk saya memperbaiki lagi tahap blog ini.

Wasalam :))
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan