Sunday, December 25, 2011

Kreativiti Hawa sepanjang tahun 2011 di Taska An-Nur

Assalammualaikum w.b.t,

Salam buat semua bloggers sekalian, 2nd post aku kali ini aku ingin berkongsi hasil nukilan atau seni anak sulungku yang kini berusia 4+ tahun, Jumaat yang lepas setelah kembali dari Pusat Asuhan dia iaitu Taska Al-Hidayah atau yang lebih dikenali sebagai Taska An-Nur di Titi Teras, Balik Pulau, Pulau Pinang.

Nota :-
Berikut sedikit info mengenai Taska ini.
Lokasi : Di dalam Kampung Titi Teras, Bersebelahan dengan Tadika Ummi dan Masjid.
Peringkat Usia Kanak-kanak : Dari usia 2 bulan sehingga 6 tahun.
Waktu : Sepenuh hari (Waktu Pejabat) atau Setengah Hari.

Kembali kepada cerita kreativiti Hawa, Jumaat lalu di dalam bakul barangan mereka di sediakan sebuah fail tertera nama anak-anakku, di dalam terdapat beberapa hasil seni mereka berdua sepanjang tahun ini al-maklumlah sekarang sudah hujung tahun 2011. Senyum aku melihat satu persatu nukilan mereka, kalau direnungkan kembali awal tahun ini asalnya aku dan suami mencari pengasuh buat mereka memandangkan pengasuh mereka selama ini berpindah ke tempat lain. Terdesak dengan keadaan di mana tiada tempat atau pengasuh yang sesuai membuatkan kami bernekad untuk menghantar ke pusat asuhan kanak-kanak ini namun hari ini aku tak duga ianya bukan hanya sekadar pusat asuhan namun ia juga pusat ilmu buat kanak-kanak, memandangkan mereka baru hendak membesar jadi didikan agama dan asas lain yang diterapkan terhadap mereka di Taska An-Nur ini amat memuaskan hati aku. Bukan apa sebab aku tahu pengetahuan agama aku tidaklah berapa tinggi jadi didikan yang mereka dapat di sini cukup bagi aku mengucapkan "alhamdullilah" apabila mendengar mereka memberi salam ketika pulang ke rumah, cara bersalam dengan orang tua dan yang paling aku bersyukur apabila Hawa boleh membaca doa makan ketika disuruh membaca.

Lantas malam ini aku mengambil foto-foto seni mereka dengan kamera telepon aku agar dapat aku simpan kenangan mereka tahun ini :-)

Berikut adalah hasil kreativiti Hawa (4 years old) :-



























Apabila melihat bingkisan nukilan mereka sejuk naluri hati keibuan ku..tak cantik pun tak mengapa janji mereka dapat mengembangkan minda mereka.

Wassalam...:-)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan