Salam Rakan-rakan Bloggers,
Setelah hampir setahun saya menyepi, saya kembali dengan blog kedua saya di sini ,
blog pertama saya hawaadam-yany saya padamkan dari dunia maya ini setelah saya memikirkan untuk lupakan segalanya ini buat seketika..benarlah hidup manusia seperti roda ada kalanya kita di atas dan ada kalanya di bawah, saya bersyukur ke hadrat illahi atas segala nikmat yang diberikan ke atas hambamu ini.
Seperti blog saya yang terdahulu, kebanyakan entri saya berkisarkan pengalaman dan nostalgia kedua-dua cahaya mata saya , Hawa dan Adam kerna bagi saya setiap saat hidup mereka saya ingin nikmati dan berkongsi kepada semua, agar perjalanan hidup mereka dapat dikumpulkan dan dirujuk kembali nanti.
Saya masih lagi aktif dalam beberapa aktiviti di alam maya ini cuma tidaklah terlalu menonjolkan diri, lebih gemar memerhati untuk dibekalkan sebagai ilmu di masa hadapan, anda boleh cari saya di FB saya atau di laman komuniti says saya. Saya mengalu-alukan pandangan rakan-rakan bloggers di Malaysia untuk saya memperbaiki lagi tahap blog ini.
Wasalam :))

No comments:
Post a Comment