Thursday, February 9, 2012

Luahan hati pelanggan kedai makan astaka

Salam..

Bukan niat saya untuk mengkritik dan menjatuhkan mana-mana kedai makan peniaga melayu tetapi saya sebagai pelanggan berniat untuk menegur atau menambahbaik agar menjadi iktibar buat para peniaga di luar tentang perkara kecil2 sebegini sebenarnya memberi impak yang besar ke atas perniagaan anda. Ini adalah luahan hati saya sendiri sebagai salah seorang pelanggan tetap di salah sebuah kedai makan sekitar sini...harap pada sesiapa sahaja di luar yang ingin berniaga atau sememangnya peniaga berhati-hati ketika ingin berbicara dengan pelanggan agar dapat memberi impak yang positif ke atas kedai makan anda...

Mungkin bagi orang luar benda sebegini hal2 kecil dan remeh-temeh sahaja tapi bagi pelanggan yang terkena tempiasnya mungkin ada rasa ketidakpuasan hati...



Peristiwa berlaku pagi kelmarin apabila saya ke kedai untuk meng"order" sarapan saya, lebih kurang beginilah perbicaraan antara saya dengan tokey kedai berkenaan :-

Me : Err, xxx ada dak?
Tokey : Ada.
Me : Saya nk 2 keping makan na..
Tokey : Kelmarin makan ada angkat pinggan bwak mai balik dak?? (Nada tinggi sedikit)
Me : err...(Dalam hati : blurr jap, angkat pinggan balik..sejak bila ader rules nie)...tak pasti la..saya x brapa nk ingat (sambil menjawab dengan nada yang tenang)..
Tokey : Kelmarin mkn sebelah sana kan...pak cik p sana tgk tinggai piring kuah jerr..pinggan & camca xdak (nada marah)..klu mcm nie saya pun tak mau..(maksud tokey nie x mau jual kan pada saya )..
Me : Ye ker tinggai piring...(hmmm..x mau jual xpa la..p kedai lain la)..
Tokey : Kali nie x pa la...satgi hntar balik pinggan...bagi dia dua keping (sambil beri arahan kepada pembantunya)
Pembantu : (Tingkah laku dah buh kuah, tpi bila tokey kata x mau jual tadik di tuang balik kuah..bila tokey suh bagi..dicedok balik kuah dan di pass pada saya apa yang saya pesan tadik)..
Me : (Bawak kuar duit terus bayar sambil angkat pinggan dan sempat saya berkata dengan nada yang lembut) Minta maaf na...
Tokey : (Sejuk hati dah la kut)..takpa..takpa..

Saya ke meja makan bersama ahli keluarga,

Me : Sini makan kena angkat pinggan balik ker?? tak pernah tahu pun..selama duk makan sini (lebih kurang 6 years dah ) x pernah tahu pun...
My relative : Dak la..mcm biasa la..mmg diorg kutip kemas balik...
Me : Pak Cik kedai XXX marah semlm kita makan dia kutip tinggai piring jerr..pinggan hilang...
My relative : tinggai piring?? owhhh, lupa..smlm mmg dah angkat p letak belah sana..mungkin tertinggai piring saja kat sini..takdak apa la..mmg duk tolong letak belah sana...
Me : Laa..dia kata hilang..padahal dah p letak sana balik...manala kita nak tau, biasa mkn belah sana..mai sebelah sini ader rules lain plak..
My relative : xdak rules la..saja tolong sbb dah biasa mkn sini...
Me : hmmm.... (tak pasai2 kena marah, buat malu aku jer padahal x hilang pun dah bg balik dh pun)

Berdasarkan peristiwa kelmarin, ini adalah beberapa "points of view" aku sebagai "regular customer" :-
 1. Kalau para peniaga kedai astaka atau kedai makan kecil2an yang ingin mengamalkan "self service" dan ingin mengamalkan "rules2" sendiri (peraturan2 di kedai makan mereka)..diharap agar dapat dijelaskan dengan terang kepada pelanggan (mungkin tulis besar2 kat banner, lepas makan sila hantar balik pinggan mangkuk atau selepas makan sila basuh pinggan mangkuk etc.). Jikalau ingin mengamalkan peraturan2 tertentu silalah tetapkan kepada semua pelanggan anda..tidak kira mana jua pelanggan anda ingin memilih tempat duduk. Jgn "bias", means hanya yang makan depan kedai anda sahaja anda menjalankan aktiviti mengutip..yg duk makan depan kedai lain anda abaikan padahal bukannya kami p bwak pelarik makan kat umah..sekitar astaka tu jugak...ishhh...
2. Tolonglah kawal amarah anda - inilah salah satu kesilapan peniaga kita (your EQ - Emotional Intelligence mmg rendah)..kawal emosi ketika ingin berniaga..sila paham satu peribahasa melayu ini sedalam-dalamnya "kerna Nila setitik, rosak susu sebelangga"..mungkin sbb benda kecik macam ini membuatkan pelanggan anda larik...walau sedap mcmna pun yang ingin dijual tapi klu duk marah customer..pakai org x mai beli dah..tambah "ugutan" seperti " klu mcmnie saya tak mau jual dah kat kamu"...ini ayat yang sensitip buat pelanggan sbb bgi kami "money is ours" if u x mau jual, we can finds others...kuasa membeli adalah pelanggan bukan peniaga..you cannot say "tak mau jual"..
3. Regardless the age of your customers - kenapa pak cik?? kerna saya muda pakcik boleh x kisah utk marah2...tak kira la umur saya berapa? sya tetap pelanggan...jgn hanya menghormati pelanggan yg berusia, tapi yang muda2 mcm kami nie pandang sebelah mata sahaja..ya ampunn..kami muda pun bekerja, punyai uwang utk membeli...
4. Jikalau risau harta benda anda hilang di"kipnap" oleh kedai lain. Sila lah mengamalkan budaya "5 S". Salah satu prinsip 5S ialah mengasingkan atau labelling. Kalau takut hilang pinggan atau camca, silalah tanda atau labelkan harta anda...jgn sbb kedai lain kipnap pinggan anda, anda salahkan pelanggan...???...adoaii...sbb aku menghormati org tua la...budi bahasa aku masih ditahap yang boleh dikawal...
5. Benda kecik mcm nie la sudah menawarkan hati saya utk membeli lagi di kedai pak cik...I've already banned that shop..sorry, mmg dah tak berminat...noktah!

2 comments:

  1. erm...menarik gak nukilan yany nie...by da way...i thing mmg kat penang bnyk gak la astaka yg berebut pelanggan a.k.a bekera(berkira)...cm air kat blah sate pulau tu dah la serve lembab,tak mesra alam plaks...payah bila niaga bertuhankan keuntungan semata2...apa pun kita sbgai pengguna perlu gunakan kuasa pengguna...kita boikot ja tokey2 yg dok buat siru..western food kat char koay teaw tokong ulaq dah bungkus,d makan sumpah kot sbb berlagak...bila la tokey shell byn lps nak sedar dari kebongkakkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la...kdg2 diorg x sedar bukan setakat makanan jer yg perlu sedap, tapi adab ngan pelanggan jugak impak besar dlm bisnes depa..kecik ke besar ke kedai klu elok adab & sopan mau tmbah customer lagi..yg siru2 tu harap maafla..mmg lama2 org larikk..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan