Salam bloggers,
Sudah hampir sebulan saya menyepikan diri dr post entri di blog terbaru saya ini, harap ampun dan maaf di atas kekangan kesibukan masa dan aktiviti2 kerja di pejabat mahupun rumah yang cukup penuh...namun minat saya tetap di komputer saya ini..huhuhu...dari zaman sekolah hinggalah ke zaman keibuan sekarang tidak pernah saya lupakan untuk mengikuti perkembangan terkini berkaitan teknologi, walaupun ketinggalan di belakang namun saya cuba untuk "catch up" balik apa yang telah saya 'missed out'...
Jadik, hari ini saya nak berkongsi mengenai satu pertubuhan komuniti terbaru yang saya sertai, di harap para bloggers di luar sana dapat membantu dan menyertai komuniti seperti ini juga terutamanya buat masyarakat di daerah Balik Pulau, Pulau Pinang agar dapat menyumbangkan sedikit untuk masyarakat anda. Walaupun bukan dari segi kewangan, usaha membantu yang disumbangkan juga cukup bermakna...
Saya tergerak untuk membantu masyarakat di sini terutamanya golongan muda dari segi teknologi dan internet sebab bidang ini bidang yg saya cukup minati..saya tidaklah sehebat mana dan semampu mana namun saya suka menjadi pemerhati teknologi2 baru...
Untuk warga belia di Balik Pulau yang berminat hendak mengetahui lebih lanjut mengenai kelab ini boleh lah semak di sini kelab ICT Balik Pulau...
Wassalam...
No comments:
Post a Comment